OA Kelantan serah memo ke PM

21 Apr 2014 | 180 views

Tafa a/l Along berkata, memo ini sebanyak 17 daripada Pos Orang Asli dari Ulu Kelantan, Tujuan memorandum ini untuk membantah Projek Perlombongan, Ladang Rakyat, Pembalakkan, Ladang Individu, Empangan Mega dan Kerja-kerja Ukur tanah jalankan oleh kerajaan Negeri Kelantan, yang melibatkan Tanah Dan Wilayah Adat (WTA) Orang Asli di seluruh Kelantan yang dijalankan Tanpa Keizinan, Berasaskan, Maklumat Awal, Bebas dan Telus, seperti terkandung dalam Deklarasi Hak Orang Asal Sedunia (UN-DRIP)

Dan tujuan memo ini untuk menangkis dakwaan pihak-pihak tertentu, pada tahun lepas, kononya Orang Asli yang membantah projek Ladang Rakyat dan pembalakkan hanya segelintir saja

Menurut Tafa, lagi, pada 8 April memo yang sama telah di hantar pada kepada MB Kelantan bagi maksud yang sama, katanya.


0
latest